Tuesday, November 28, 2006

Good Reminder!

received this from an email... good reminder for me... better to put it here than to forget :o)


DARI Ibnu Abbas ra, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan kafir." Baginda ditanya oleh seseorang: "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Rasulullah, "Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan saja, lantas ia berkata: "Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!" (al-Bukhari)

Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu juga keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurga baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban).

Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknat hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

4 Comments:

Blogger Unknown said...

hai bukan senang nak jadi isteri uuuuuu.. kekadang suami salah pun kita jugak yang kena mintak maaf dulu sebab dibuatnya dia merajok..and mati dalam tidor.. mampos aku tak bau syurga..so moral of the story - kalau jabar marah, bagik dia XBOX..confirm dia tak marah ngan i lagi hahahaha

5:04 PM, November 30, 2006  
Blogger Its_me! said...

kekadang susah jugak nak jadi suami, kerana bukan je dosa dia sorang yg kena tanggung tapi dosa isteri dan anak dia juga. Imagine kalau isteri keep doing things yang berdosa. Biarpu kecik, ditanggung suami... berat uuuu.....

10:17 PM, November 30, 2006  
Blogger Unknown said...

thats kinda true lah
tapi kalau suami berdosa ngan isteri..sapa nak tanggung ? :P

10:55 AM, December 01, 2006  
Blogger Its_me! said...

sape tanggung? suami lah... dosa besar kalau aniaya isteri. biarkan suami tangung.

12:56 AM, December 02, 2006  

Post a Comment

<< Home